“Berapa kali ibu nak kena pesan dekat abang, kenapa abang tak pernah nak cuba ingat? Tolonglah abang, ibu penat. Penat sangat!,” ujar si perempuan tua berbaju kurung hitam sedikitlusuh. Pakaian lama mungkin.
“Kau kalau nak bebel macam ni, baik tak payah jamin aku lah! Buat sakit telinga aku je,” tengking si anak. Kasar sekali nadanya. Si ibu bungkam. Bungkam sebungkam bungkamnya. Anak yang satu ini memang tidak pernah tahu makan saman. Cakap lah apa sekali pun. Pasti ada sahaja tengkingan dibalasnya. Mana silapnya dia pun tidak tahu. Hanya hati masih tawaduq berdoa. Berharap masih ada sinar petunjuk dari-Nya buat seorang insan bergelar anak ini. Empat kaki melangkah seiringan. Terik panas tidak dihiraukan. Titik – titik peluh jelas kelihatan. Si ibu tua sedikit keletihan. Langkah mula perlahan. Dia berhenti seketika. Mencuri untuk menarik nafas buat seketika.
“Abang, tunggulah ibu sekejap,” ujar si ibu sedikit lemah.
“Eh, kau dah besar kan? Tak kan tak tahu jalan ke rumah. Balik sendiri je lah. Aku nak pergi jumpa kawan,” balas si lelaki seusia awal 20-an gayanya. Si ibu bernama Imah yang sedikit lemah terduduk. Bertambah lemah anggota badannya yang sememangnya sudah sekian lemah. Tidak pernah sehari dalam hidupnya lupa menadah memohon kepada-Nya kurniakan dirinya ini seorang insan bernama anak bukanlah ‘anak hanya pada nama’. Air jernih bertakung di mata. Hatinya berbisik perlahan. Dia hanya ada dua permata hati. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Lahir mereka di dunia. Dia dan suami sungguh bahagia. Si abang si sulung yang sekian lama ditunggu. Lima tahun penantian. Betapa dia sujud syukur saat insan ini dilahirkan.
Namun, pabila besar ini jadinya. Air jernih mula menitis. Si adik… Si perempuan kecil. Masih ingat si kecil itu yang menangis saat abang dimanjakan lebih olehnya. Adik hanya sempat tiga tahun bersama si bapa. Masih dia ingat lagi mimpi ngeri malam Ahad itu. Suami, si cinta hatinya, maut dilanggar pemandu lori mabuk. Maut tika hanya berbaki lima saat kiranya untuk tiba di rumah. Masih jelas kedengaran di telinganya bunyi – bunyian pada malam itu.
Streetttttttttttt… Bunyi kebingitan pedal brek ditekan dengan kuat. Bunyi tayar menggengam jalan. Gedegang! Bunyi sesuatu terpelanting. Masih diingat bagaimana menggigil tangan tak kala birai pintu ditolak…
*****
Dua puluh tahun yang lalu…
Dia kenal sangat dengan warna dan kereta itu. Kereta suaminya! Hampir saja terlepas si adik yang sedang dikendong erat. Kian longlai kendongan tangannya. Si adik terus merengek akibat badan kepanasan. Kaki yang kian lemah tak kala melihat kecelakaan itu tetap terus gagah menuju ke arah tempat kejadian. Berharap ada magis yang bakal mendatang. Walau hati pasti dia sukar menerima kemungkinan seterusnya. Dari jauh, dari arah belakang kedengaran suara lembut si abang memanggil namanya. Ditoleh sebentar. Abang sudah bangun. Mungkin terjaga akibat bunyi bising sebentar tadi. Depan rumahnya sudah dikerumuni orang ramai. Pemandu yang lalu turut memperlahankan kenderaan. Mahu melihat kejadian agaknya. Kaki melangkah lebih laju. Berjalan ke arah orang ramai yang sedang berkerumunan. Hati berderau hanya Tuhan sahaja yang tahu. Tangan si abang digenggam erat. Matanya menangkap sesuatu. Sebujur jasad kaku itu! Memang dia kenal! Suaminya! Cairan merah masih membuak – buak keluar dari mulut si suami.
Dia pantas menjerit “Telefon ambulans cepat! Telefon! Suami saya ni, encik. Tolong encik!,” rayunya dalam tangisan. Air mata mengalir laju kalah hujan lebat satu tika dulu yang pernah mengakibatkan banjir di kawasannya ini. Dia mahu pitam rasa. Hanya kerana memikirkan anak tika ini dikuatkan diri.
“Kami dah telefon kak. Ambulans dalam perjalanan,” balas lelaki berbadan gempal memberi penjelasan. Tangan mengenggam erat tangan suaminya. Dia berbisik perlahan memohon suaminya bertahan. Bertahan demi dirinya dan anak – anak. Cairan merah masih lagi tidak mahu berhenti. Dia pinar. Melihatnya sahaja sudah mengerikan apatah lagi baunya yang begitu menusuk hidung. Tiada sahutan dari pihak suaminya. Hanya kedengaran hembusan nafas turun naik yang seperti cuba bertahan. Mulutnya tidak henti – henti membisikkan kalimah syahadah di telinga suaminya. Si adik di tangan masih dikendong erat. Si adik masih tidak mahu berhenti menangis. Abang masih mamai dari tidur. Dipandang ayah di depan tidak berkedip walau sesaat. Mugkin kebingungan melihat situasi yang sedang berlaku. Masih tidak mengerti apa yang sedang dilihatnya.
Punggung kereta suaminya remuk teruk. Mungkin akibat hentakan kuat dari arah belakang. Kalau dilihat dari gaya dan keadaan kereta dia yakin orang pasti fikir pemandu ini tidak mungkin dapat diselamatkan. Remuk teruk. Memang teruk! Namun hatinya berbisik. Bibir didekatkan ke telinga suaminya. Dibisik perlahan.
“Abang kuat. Sayang tahu abang kuat. Bertahan lah abang. Untuk kami semua!”. Air mata tidak lagi mahu berhenti mengalir. Laju. Makin laju. Dansemakin laju. Kedengaran siren ambulans dari jauh. Dari kesamaran malam yang dipayungi cahaya neon lampu jalan, kelihatan van ambulans menghampiri kawasan kemalangan. Suaminya masih bertahan. Pegawai betugas gegas mengangkat suaminya yang makin kritikal. Ambulans mula ingin bergerak. Pantas dan cekap sekali semua bertugas. Dia masih mengenggam erat tangan si suami. Berharap suaminya mampu bertahan sehingga rawatan diberikan. Dia, adik dan abang ditemani pegawai hospital yang bertugas. Beberapa rawatan ringkas diberikan untuk suaminya.
Cairan merah masih kekal mengalir. Enggan berhenti. Mual betul rasa tekaknya. Hembus nafas suaminya makin lemah. Genggaman tangannya buat si suami makin kemas. Adik di sebelah masih dikendong kejap. Abang diam seribu bahasa. Matanya sudah bocor lagaknya. Gayanya seperti air paip yang bocor. Memancut laju air keluar. Kalimah syahadah tidak lekang di bibirnya. Dibisik perlahan ke telinga cintanya, kekasihnya itu. Hembusan nafas makin perlahan.Semakin lemah. Mata si suami mula pejam. Hembusan nafas tiada lagi kedengaran. Dia kaget. Dia buntu. Tidak pasti apa yang sedang berlaku.
“Encik, suami saya,” ujar Imah lemah. Pegawailelaki itu mendekati susuk tubuh suaminya. Matanya tidak berhenti melihat setiap gerakan pegawai hospital tersebut. Helahan perlahan terdengar di telinganya.
“Minta maaf puan, suami puan sudah pergi,” sayu suara didengarnya. Adik dan abang ditenung sejenak. Dunianya kelam. Dia terus pitam!
*****
Angin dingin kota London menusuk ke tulang. Stesyen ‘Underground Tube Bayswater’ sesak dengan orang ramai yang keluar masuk ke kawasan stesyen. Kaki – kaki si mata berwarna biru pantas berjalan mengejar waktu. Pantas menuju destinasi masing – masing. Dania turut berjalan pantas. Tangan si lelaki berambut blonde di sisinya digenggam erat. Jam tangan ‘Rolex’ ribuan ringgit miliknya ditenung sekilas. Agakannya mereka akan tiba lewat lagi ke kuliah pada hari ini.
“Relax darling! Why are you so rushing?,”tutur lelaki mat saleh berkot hitam. Lembut tuturnya.
“We are late my dear. I don’t want to be scold again like the other day. Don’t you know Mr Parkin? He is very strict,” balas si gadis sedikit tegas. Jelas kelihatan kegusaran di riak wajah si gadis. Dania merungut di dalam hatinya sendiri. Pagi ini dia bangun lewat lagi. Untuk mengharapkan Matthew mengejutnya memang tidak pernah akan terjadi. Dia sendiri tidak sedar pukul berapa dia dan Matthew sampai di rumah semalam. Kalau ada parti di rumah rakan – rakan mereka memang awal pagi lah baru dia sampai di rumah. Dalam keadaan mabuk lagi.
Memang dia tidak ingat apa – apa. Sedar – sedar jam sudah pukul 9 pagi. Kelas Mr Parkin bermula pukul 10 pagi. Melompat dirinya dari katil. Matthew di sebelah ditarik ajak mandi bersama. Nakal si lelaki tidak habis lagi dari semalam. Makin lewat jawapannya! Silap percaturannya. Ingat tangan ditarik sekali semakin cepat untuk ke kelas. Ini lain pula ceritanya! The London School of Economics and Political Science dipenuhi dengan pelajar – pelajar berbagai ragam dan gaya. Ada si kacak bergaya, ada si cantik hangat berfesyen, tidak lupa juga yang skema sahaja gayanya. Bercermin mata tebal, berjalan menyandang beg yang kelihatan penuh, tangan tidak lepas memegang buku. Dania menarik tangan Matthew. Erat genggaman tangannya. Kaki semakin pantas berjalan. Jam tangan dikerling sepintas. Masa berbaki lima minit lagi sebelum jam menunjukkan pukul 10 pagi. Mereka harus pantas. Harus pastikan Mr Parkin tidak sampai lagi. Kalau tidak memang nahas mereka. Sudah beberapa kali dirinya dan Matthew diberi amaran supaya sampai awal ke kuliah. Kaki makin tangkas melangkah. Pintu bilik kuliah 402 khas untuk subjek ‘Business and Commercial Law’ ditolak perlahan. Mata pantas mengerling ke meja pensyarah. “Selamat! Mr Parkin belum sampai lagi. Nasib!,” hatinya berbisik lega.
“You are late again! Three minutes late!,” satu suara garau menyentak jiwanya. Terkejut tidak terkata. Mr Parkin di belakang rupanya. Pucat lesi mukanya dek kerana terkejut dengan sergahan si pensyarah berumur itu.
“Mr Parkin, it’s just three minutes. Why are so fussy about that?,” balas Matthew bersahaja. Tiada riak wajah bersalah di muka lelaki itu. Dania di sebelah pantas mencubit pinggang si lelaki manis itu. Ingin memberi amaran supaya Matthew berhenti berkata – kata. Makin teruk lah jawapannya kalau Matthew berterusan ingin berbalas perang mulut dengan Mr Parkin. Silap – silap mahu dia dan Matthew terpaksa mengulang subjek yang satu ini. Mereka sudah pun dicop sebagai pelajar bermasalah. Namun Dania tidak sesekali menyalahkan Mr Parkin. Dia sedar memang sudah terlalu banyak kali dia dan Matthew lambat ke kelas. Cuma hari ini tidak terlalu lambat seperti selalu. Pernah sekali, dia tiba di kelas setelah sejam kuliah bermula. Macam manalah tidak dimarahi Mr Parkin. Dia tunduk membisu. Tidak berani mengangkat muka.
“Didn’t I tell you earlier that I want everybody to be punctual in my class?”, soal Mr Parkin tegas. Wajah yang tenang namun, nada yang cukup tegas. Dania mengangguk perlahan. Lantas kaki melangkah masuk ke dalam dewan kuliah. Mata pantas melilau mencari meja dan kerusi kosong. Dua meja kosong di sudut hujung kanan. Dia pantas menarik tangan Matthew. Serentak mereka duduk. Buku teks ‘Business and Commercial Law’ keluaran ‘Pearson Education’ itu dibuka. Tulisan di depan hanya ditatap. Jelas sekali tidak masuk ke dalam otaknya. Suara Mr Parkin di hadapan sedang memberi kuliah hanya samar –samar masuk ke gegendang telinganya. Matanya makin layu. Mengantuk akibat berparti semalam masih belum hilang. Dia hilang. Hilang dalam nyaman bilik kuliah.
“Dania, what is the applicable Section for the incorporation of private limited company?,” suara garau Mr Parkin mengejutkan lelapnya. Terkejut dibuatnya! Mahu gugur jantungnya. Mata pantas mencari jawapan dari buku teks di depannya. Helaian demi helaian diselak rakus. Mati lah dirinya kali ini. Nampak sangat dia tidak memberi perhatian pada kuliah yang baru sahaja disampaikan Mr Parkin sebentar tadi. Dania masih terpinga – terpinga. Masih mamai. Tiada jawapan mampu diberikan.
“See… Again and again. You’re sleeping in my class. What’s wrong with you, Dania?,” suara Mr Parkin sedikit kecewa.
“Dear students, let’s just proceed with the next subtopic. Do focus on this part because this is one of the most important subtopic which normally being tested in the exam,” ringkas arahan yang diberikan Mr Parkin. Dania bungkam. Dia tahu dia yang bersalah. Dulu semasa di Malaysia, dia bukan lah pelajar seperti ini. Dia dikenali sebagai pelajar contoh. Rajin, hormat guru, bijak, dan semua sikap –sikap yang positif. Memang sejuk perut ibunya yang telah berpenat lelah mengandung dan melahirkannya. Namun, sebaik sahaja tiba di UK, belajar di sini dan mengenali Matthew, memang dia semakin berubah. Apa yang paling ketara ialah tiada lagi tudung litup menutupi auratnya yang satu itu. Setitik air jernih mengalir. Teringat ibu di Malaysia. Apa khabar orang tua itu. Rasanya sudah masuk enam bulan dia langsung tidak menghubungi wanita mulia itu. Air jernih laju mengalir. Tisu di dalam beg diambil. Dilap air mata yang jatuh. Tidak mahu Matthew di sebelah perasan kesedihannya tika ini. Matthew ditenung sejenak. Tidur lena si jejaka . Lena di dalam kuliah!
“Ya Allah, banyak sungguh dosa aku di bumi mu ini ya Allah,” bisik hati kecilnya. Air mata makin ligat mengalir.
*****
“Eh, lu tengok sana tu bro, kenapa ramai orang berkerumun tu? Macam ada accident je tu!, ujar si lelaki berbaju T-Shirt merah ke arah bahu jalan yang sedang penuh dengan orang ramai.
“Ala… Lu macam tak biasa. Situ memang selalu accident la bro. Boleh kata tiap minggu ada orang accident. Biar je lah,” balas lelaki tinggi lampai itu bersahaja.
“Jom lah kita pergi tengok sekejap. Mana tahu boleh tolong apa – apa,” mohon si lelaki berbaju merah.
“Ishh, lu ni bro, macam Mak Jemah, sibuk je. Jom lah kita pergi tengok sekejap,” balas lelaki tinggi lampai sedikit kasar. Kaki dua lelaki muda itu pantas menuju ke arah kawasan yang dipenuhi orang ramai. Ingin melihat apa sebenarnya yang sedang berlaku. Mata lelaki tinggi lampai terhenti. Baju pemilik tubuh kaku yang sedang terbaring di jalan tar itu seperti dia kenal. Baju bertanah hitam berbunga merah kecil itu. Dia kenal! Ya, dia sungguh kenal! Seperti ibunya. Pantas dikejar ke susuk tubuh kaku itu. Tudung merah lusuh diselak. Ya Allah! Titis jernih mengalir deras. Ibu! Perempuan tua yang baru sahaja diherdik sebentar tadi. Kini sudah tidak bernyawa. Dari belakang dia dapat dengar mulut – mulut sedang berbual. Agakannya, ini kes langgar lari. Hampir pitam dibuatnya.
Air mata tidak mahu berhenti lagi. Hati kecil berbisik, “Ibu, maafkan aku!”.
****
Tangan pantas memegang tetikus komputer riba hitam miliknya. Ingin melayari internet. Beberapa lama web dibuka. Pautan ke laman web ‘The Star Online’ diklik. Ingin membaca berita–berita semasa di Malaysia. “Hit and Run Accident: One old woman killed” menjadi tajuk utama berita semasa di laman web berita dan informasi terkini itu. Pantas tangan mengklik pautan tajuk utama tersebut. Gambar seorang wanita tua berbaju kurung hitam berbunga merah dilihat. Dapat dilihat dengan jelas cairan merah di sekeliling wanita itu. Dania meneruskan pembacaannya. Orang kampungnya ini. Orang Bukit Pampong, Pahang. Lagi minat dia ingin meneruskan pembacaan. Matanya terhenti pada sebaris ayat. “The victim; Imah Binti Abdul Rahman, a 58-years old woman was killed in the hit and run accident”.
Nama itu, dia kenal. Ya, dia cukup kenal! Air mata jernih mula mengalir. Dia masih menggagahkan diri untuk terus membaca. Ingin mencari kepastian. Tangan terus memegang tetikus. Diskrol reroda tetikus jenama ‘Sony’ nya itu. Sekeping gambar muka berukuran pasoprt. Kelihatan agak usang ditatap. Kapsyen gambar berbunyi “Victim: Imah Binti Abdul Rahman” menguatkan kemusykilannya. Ya, itu ibunya. Ibu yang sudah dilupakan. Yang sudah sekian lama terputus hubungan! Air mata tidak pantas berhenti lagi.
Tiada kata yang mampu diungkapkan tika ini. Hanya ungkapan “Ibu,maafkan aku!” terungkap tika ini.
Disediakan oleh :
Siti Nuramira Husna bt Jasmi
Disediakan oleh :
Siti Nuramira Husna bt Jasmi
http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/09/taipanqq-hadapi-apa-pun-4-zodiak-ini.html
ReplyDeletehttp://updatetaipanbiru.blogspot.com/2018/09/taipanqq-jatuh-cinta-bikin-berat-badan.html
Taipanbiru
TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
-KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
• BandarQ
• AduQ
• Capsasusun
• Domino99
• Poker
• BandarPoker
• Sakong
• Bandar66
Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
customer service kami yang profesional dan ramah.
NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
• WA: +62 813 8217 0873
• BB : E314EED5
Daftar taipanqq
Taipanqq
taipanqq.com
Agen BandarQ
Kartu Online
Taipan1945
Judi Online
AgenSakong
Izinkan saya guna cerpen ini untuk beri murid saya baca ya. Terima kasih dan tahniah.
ReplyDelete