Saya
amat berbesar hati ingin berkongsi kisah yang pernah saya alami sendiri pada
kalian. Memang kisah ini sering kali dengar tapi ia amat bermakna bagi saya dan
keluarga saya. kehilangan ahli keluarga sendiri bukan semua orang di muka bumi
ini dapat menerima tapi apakan daya sebagai umat islam kita harus menerima
dengan hati yang terbuka dan percaya bahawa setiap orang yang dibawa pergi
adalah insan yang ALLAH sayang.
Pada waktu pagi menjelang subuh dan ketika
itu semua umat islam menyambut bulan ramadhan. Jam menunjukkan tepat waktu
untuk bersahur. Seperti biasa aku melihat ayah merapikan rambutnya dan kemaskan
bajunya untuk bekerja. Ayah akan bertolak dari rumah pada jam 4.00 pagi.
Kenderaan yang dinaiki ialah motor. Hanya motor itu dan sebuah kereta Honda
lama sahaja yang dimiliki oleh keluarga kami. Ketika itu usiaku masih enam tahun dan aku mempunyai tiga adik
beradik dan semuanya perempuan. Ketika lena aku dibuai mimpi yang
indah..tiba-tiba aku terdengar suara seorang perempuan yang sangat lembut
mengejutku dari mimpi yang pelik. Suara itu adalah dari ibuku sendiri. Ibuku
telah kejutkan kami untuk bersahur.
Bangun sahaja dari tidur, tiba tiba terdetik
dari hati ingin bertanya khabar tentang ayah. “ibu, ayah pergi mana?”. Ibu
menjawab, “macam biasa lah ayah kamu tuh pagi-pagi pergi kerja” lalu, aku pergi
ke bilik air untuk membasuh muka. Selepas segar dari tidur, aku pun pergi ke
meja makan untuk bersahur bersama-sama keluarga. Semua lauk yang dihidang
sangat mengliurkan. Tiba-tiba ibu hidang lauk kegemaranku iaitu ayam goreng
yang dibeli oleh ayah. Aku melihat wajah adiku yang baru lahir itu dengan penuh
sayu sambil memikirkan kemana ayah pergi awal begini?. Sedangkan, aku tahu yang
dia pergi kerja seperti jadual hariannya. Tapi, hati ini kerap rasa tidak
selesa sepanjang aku bersahur. Sewaktu itu, kami sekeluarga berada di rumah
nenek dan bersama makcik-makcikku.
Selepas kami selesai bersahur, ibu
mendapat pangilan telefon dari orang yang tidak dikenali. Lalu, ibu bangun dari
kerusi terus menuju kearah telefon bimbit itu. Ibu membawa telefon itu ke
hujung dapur. Aku di meja sambil makan mataku asyik kearah ibuku..tiba-tiba
wajah ibu berubah. Mukanya berubah dengan penuh perasaan kerisauan dan
kekeliruan. Lalu, makcik-makciku serta nenek turut pergi ke arah ibu untuk
mengetahui kejadian yang berlaku. Tidak lama kemudian, semua yang berada di
belakang suasana menjadi riuh. Aku pun mula risau hati juga turut rasa debar.
Aku dapat rasakan perasaan yang sangat sakit sebelum aku pergi kearah ibuku
untuk mengetahui perkara sebenar, kerana aku sudah lihat setiap wajah ahli
keluargaku kelihatan sedih.
Tanpa
rasa ragu-ragu aku terus menuju kearah ibuku. “ibu kenapa ni?” lalu ibu menjawap soalan ku..tapi aku ingat lagi
perkataan yang ibu sebut kurang jelas..aku sudah melihat kakak aku menangis
teresak-esak. Aku tanya soalan yang sama lagi kepada kakak ku..tapi kurang
jelas. Hati ni dah mula rasa tidak sedap. Akhirnya makteh ku yang menjawab
soalan yang aku masih keliru. Makteh menjawab soalanku dengan sangat tenang.
“ayah accident nabilah..” masa tuh aku masih terpinga pinga dengan jawapan yang
makcik ku beri. Aku lihat sekeliling semua orang menangis. Ibuku masih dalam
talian dengan seorang polis. Perasaan aku ketika itu, ya ALLAH tak sangka
keluarga sendiri terlibat dalam kemalangan langgar lari. Aku masih menganggap
tiada apa yang berlaku kepada ayah ku..aku masih kecil, fikiran aku masih
mengatakan yang ayah aku hanya kemalangan biasa-biasa sahaja.
Selepas habis kami bersahur dengan
kedaan dalam tangisan, aku terus solat subuh ketika itu, aku berdoa
bersungguh-sungguh supaya keadaan ayah aku dalam keadaan baik dan tidak begitu
teruk. Aku doa, supaya ALLAH masih kekal kan nyawa ayahku, kerana aku
memikirkan untuk kami sekeluarga meneruskan hidup tanpa ayahku. Dia lah
satu-satunya ahli keluarga lelaki yang aku ada. Dialah yang selalu melayan karenah nakal aku, dia
lah yang selalu buat aku tersenyum selepas pulang ke sekolah dan dia lah satu-satu
nya lelaki yang aku sayang ketika itu. Aku masih menaruh harapan lagi supaya
ALLAH panjangkan umur dia, kerana aku tidak sanggup kehilangan dia.
Kami semua sedang menunggu jawapan dari
hospital. Akhirnya ibuku menerima panggilan sekali lagi dari seorang polis.
Ayah aku sempat dibawa ke hospital selepas kemalangan tersebut terjadi. Suara
dia seakan tidak sanggup untuk meneruskan kata-kata yang ingin diungkapkan. Polis
itu hanya mampu berkata, “Maaf puan pihak hospital tidak dapat selamatkan suami
puan, kami dah cuba sedaya upaya untuk menolong. Ibuku terus memberi telefon
itu kepada makciku kerana dia tidak sanggup lagi mendengar kata kata dari polis
itu. Air mata ibuku masih mengalir
sehingga sekarang, air matanya kerap kali mengalir tidak berhenti. Ibu terus
meletakkan telefon dan memeluk kami
bertiga sambil air matanya laju mengalir. Polis memberitahu kepada keluargaku,
yang ayah terlibat dalam kemalangan langgar lari. Motosikal yang dibawa oleh
ayah dan yang melanggarnya ialah sebuah lori besar yang ingin mencuri dompet
ayah semata dan ayah mengalami kecederaan yang sangat parah, kepalanya pecah
dan kehilangan banyak darah juga lambat dibawa ke hospital untuk diselamatkan.
Ketika itu, aku hanya terdiam dengan
keadaan sekeliling yang berlaku, aku rasa tidak percaya ALLAH tarik nyawa
ayahku dengan pantas sekali. Aku rasa tidak puas melihat ayah. Aku sudah cadang
ingin keluar jalan-jalan bersama dia cuti hujung minggu. Aku rasa sedih sangat
hanya ALLAH sahaja faham apa perasaanku ketika itu bila dengar yang ayah tidak
bernafas lagi di atas muka bumi ini. Kadang-kadang aku merasakan yang ini hanya
mainan mimpi sahaja. Aku cubit diriku, tapi masih rasa sakit. Memang benar
ianya kenyataan. Peritnya aku nak hadap mayat arwah ayah aku nanti. Semasa pagi
itu, kami menunggu mayat dari hospital dan terus kebumikan. Saudara mara aku
semua datang ke rumah. Kakak seperti orang dah tak betul dengan termenung
jauhnya duduk diluar sambil memetik daun-daun pokok. Apabila kakak aku dipeluk
oleh makcikku air matanya mengalir begitu laju kerana dia tidak tahan akan
sebak kehilangan ayah. Semua disekelilingku menanti akan jenazah tiba.
Kami diberitahu bahawa jenazah akan
disembahyangkan di masjid terdekat di rumah kami. Apabila aku sampai di masjid
aku duduk di tepi dinding sambil melihat ibuku membawa sebungkus plastik yang
dipenuhi darah baju ayahku. Sambil ibuku membawa baju tersebut air matanya
mengalir lagi aku sedih melihat keadaan ibu. Aku sedih melihat didalam plastik
itu baju ayahku yang dipenuhi darah. Ya allah tak terkata dibuatnya. Kenapa
perlu ayah aku yang jadi mangsa? Kenapa orang yang aku sayang jadi begini. Aku
sedih sangat. Selepas selesai mayat di mandi kan dan disembahyangkan. Aku
diberi peluang untuk mencium pipinya, semasa aku dekatkan mukaku ke muka ayah,
aku dapat bau akan wangian pada ayah aku dan sampai sekarang aku masih kenal
bau itu. Kali terakhir aku cium pipinya sangat lama. Kerana dalam hati aku
berkata, “ini kali terakhir aku cium pipi ayah aku, selepas ni aku dah tak
nampak lagi wajah yang selalu aku hadap setiap hari, wajah yang mengembirakanku
setiap pagi semasa aku mahu pergi ke sekolah. Wajah yang selalu marah aku waktu
aku nakal, sumpah aku rindu semua hingga aku jejak ke alam kolej.
Sedihnya bila ibu aku terpaksa menjadi
ayah serta ibu pada masa yang sama. Banyak dia tanggung beban untuk menyara
kami bertiga beradik serta menjaga nenekku dan dia tidak bekerja diluar seperti
mak dan ayah yang lain. Dia hanya bekerja dirumah dan mengharapkan pendapatan
dari hasil dagangan untuk menyara kami adik beradik. Kini, aku bukan seperti
budak-budak yang lain, yang mempunyai ahli keluarga yang lengkap. Kadang, aku
terlihat kawan-kawanku, kerana ayah mereka sanggup menunggu anaknya keluar dari
kawasan sekolah untuk membawa pulang ke rumah. Teringat ketika tadika ayah kerap
tunggu dengan satu satunya kenderaan yang dia ada iaitu motor. Ayah sanggup
tunggu aku sampai tamat waktu tadika, walaupun ketika itu aku kena denda oleh
seorang guru disebabkan lambat mengaji. Kini, ianya menjadi kenangan sahaja dan
sampai sekarang aku masih terkenangkan kejadian yang menimpa ahli keluarga dan
akan kenangan manis bersama ayah aku. Jika, masa boleh diputarkan dengan umur
aku yang sekarang, aku ingin memeluk ayah dengan erat, kerana aku rindu dia.
Disediakan Oleh
No comments:
Post a Comment